Posts

Cik Misi - Prolog

PROLOG Kalut-kalut Alina melangkah masuk dalam ruangan hospital. Langkah dipacu deras menghala ke arah tempat mesin punch card. Sempat mata melirik pada jam di tangan. Lagi lima minit sebelum kad kehadiran dia bakal   bertukar dakwat warna merah!             Tiba-tiba sahaja alarm daripada telefon pintar Alina berbunyi nyaring. Berselisih dengan orang awam, Alina dipandang pelik. Huh, boleh pula terlupa nak dismiss alarm dekat phone . Apa hal entah hari ini. Hari kelam kabut seduniakah?            Tangan mengagau telefon dalam tote bag . Mana dia ni? Mana dia menyorok? Itulah akibatnya bila semua khazanah main sumbat dalam tote bag . Dah ala-ala poket doraemon aje jadinya.            Selalunya Alina jenis bersedia pada malam sebelum tidur. Siap sedia semua barang-barang keperluan. Pakaian seragam berwarna putih bersih memang siap diseterika. Juga tudung senada ditambah line berwarna biru, menandakan jawatannya sebagai jururawat elok tergantung.             Tapi, hari in
Recent posts